kalo lah boleh ditanggalkn kejap idong ni pastu tukar ngan jiran sebelah punye idong kan besh..isk3..aku ni termengeluh lak..
tp, itulah hakikatnye.manusia mmg suke mengeluh. jarang utk berpuas ati dgn ape yg ade.
ok2..aku kne pikir cmni..aku selsema arini mungkin sbb tuhan masih sygkan aku.bagi aku nikmat sakit supaya aku mengerti nikmat sehat..Alhamdulillah.sakit tu jugak penghapus dosa jika diampunkan tuhan..aku masih disayangi..
skrg ni mmg musim demam-demam kot..mak ngan ayah aku kat johor pon baru baek dari demam.orang-orang kat opis pon ramai yg x berape nak sehat.aku jugak x terkecuali.
kelmarin, lepas aku melawat-lawat tapak semaian, aku mengalami sedikit sakit kepale. mungkin sebab terkena ujan gerimis kot.tp kalo diikutkn nak dekat setiap hari aku kne gerimis.musim ujan kan.
tengahari tu aku mengambil keputusan tuk balik umah jap nak baring2 ilangkn pening..slalunye aku mmg jarang balik tghri walopon jarak umah aku ngan opis dalam 45 langkah jeh.hehe
tp pening aku x jugak ilang..pastu Pok Lias selaku org yang aku rapat di opis ajak g klinik panel..pas dr cek2, beliau bagi aku obat migrain.dah tu, sekarang aku kompius nak makan ke x obat tersebut..kang tetibe drp xde migrain jadik ade migrain lak..aishh
Dan arini, aku mengalami mslh selsema yang dasat lak..aku berkira-kira nak g klinik, tp cam terase malu-malu kambing lak sebab baru dua hari lepas g klinik.nampak cam nak mengabeskn duet sykt lak..huhu..
jadiknye, langkah cemerlang yang aku amek ialah wat air madu byk2.bagi ilang bende-bende x best yang ade kat tekak ni..then, aku carik lak kat intenet cara-cara nak ilangkan selsema ngan segera..so, inilah hasil yg aku dapat :
1. Bykkan minum air kosong.kurangkan makanan yg berminyak & bykkan makan mknn yang mudah dicerna. (info ni biasa)
2. Masukkan air dalam idung. smpai pangkal idung.biarkan air tu dalam idung beberapa saat.3-5 saat..then, hembus keluar air tu. ulang perbuatan ni 3 kali. buat lepas bangun dari tido.sebaek-baeknya guna air suam. (info ni jarang jumpe)
3. Amek sirih.hancurkan batang sireh tu sampai kuar lendir.pastu sapukan lendir tu kat idung. buat hari-hari sampai selsema ilang.. (tp mslahnya aku xtau nk carik sireh ka mane.kat umah johor ade lah.huhu)
4. Amalkan memakan makanan-makanan sehat spt di bawah :
- SUP AYAM-Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.
- MAKANAN PEDAS-Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.
- BAWANG PUTIH-Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah
- AIR-Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.
- BUAH-BUAHAN SITRUS-Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.
- SUMBER VITAMIN C-Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk
- HALIA-Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.
try lah… Insya Allah..
:: dah satu stgh kotak tisu aku gunekan tuk mengesat lendir-lendir ini..euww