secebis sengalan!!

Aku x pandai melukis, jadi aku x boley ‘draw and paint’ perasaan aku..Aku x pandai menyanyi, aku x boley lagukan hati aku...Aku tade ‘art and skill’ maka aku xley nak shout out’ buat grafitti kat mane2 dinding..dan sbenanyer aku x pandai pon menulis..aku tau ‘throw out and spill’ aje..

~Hlovate~

12 December 2011

Sukan..Sukan Lagi..Lagi-lagi Sukan..

Dah lama rasanya aku tak melayan perasaan dek kerana terlalu sibuk menjalani kehidopan sehari-hari yang bagai tidak cukop tanah untukku redahi.. kesibukan menjalani tanggungjawab sebagai pekerja yang berdedikasi dan cemerlang  baru  nak tau buat kerja menyebabkan aku lupa hendak memikirkan benda-benda yang sepatotnya penting untuk aku fikirkan seperti hati dan perasaan,  cita-cita dan masa depan..

Dua minggu lepas telah berlangsungnya Sukan 3 Penjuru antara KPKKT, Pejabat Hutan Hulu Terengganu (Kuala Berang) & Pejabat Hutan Dungun..Kategori Sukan yang dipertandingkan adalah bowling, Badminton, ping Pong, Futsal, Carom dan Dart..Aku telah membertandingkan diri dalam perlawanan bowling dan Beregu Badminton..

Macam biasalah adat orang baru nak blajo bertanding, latihan pon 2,3 hari jek..beregu aku kalah tak berapa nak teruk tetapi Johan Badminton Keseluruhan dimenangi oleh KPKKT.. Jadi, secara tak langsungnya, aku dapat lah jugak hadiah untuk Johan walopon aku tak berapa nak Johan..tumpang kemenangan beregu lelaki..kikiki..Untuk Permainan Bowling pulak KPKKT dapat tempat kedua dan Johan keseluruhan dimenangi oleh KPKKT.. Bangga lah jugak..hehehe!

and then selepas itu..

Selama dua minggu ni, aku sibuk menjalani latihan untuk sukan antara anak syarikat Golden Pharos yang akan start pada hari jumaat ini. Untuk sukan ini, aku terpaksa masuk perlawanan ping pong (single) kategori wanita  dan bola tampar campuran..

Mengikut sejarahnya, aku memang tak pernah langsung berniat dan tak pernah berminat walau sekalipon untuk menyertai perlawanan yang melibatkan kedua-dua jenis sukan ini..Ini menyebabkan aku agak kelam sikit apabila diberitahu aku dipakse rela untuk masuk kedua-dua sukan ni sebab staf-staf pompuan kat opis ini sangatlah berkurangan..Kompeni balak-membalak lah katekan..mana nak ade pompuan..aku pon musykil skrang aku ni lelaki ke pompuan..kahahahakhh

Untuk permainan ping pong, baru sekarang aku sedari yang permainan tu best jugak untuk dimainkan.. Dah mula ada feel walaupun xde lah terror mana..

TAPI untuk permainan bola tampar, setiap kali nak mula latihan, asal jek Encik Coach start ajar, aku mesti rasa blur-blur kambing..Rasa macam lembap sangat otak aku nak proses segala maklumat yang coach ajar  terutamanya macamana cara nak servis bola yang betul..adoilaa..rasa macam bengap-bengap unta jelah..Benda yang sangat aku takutkan ialah kalau aku yang jadik penyebab kekalahan nanti..gilaa..boleh malu seumur idop beb!! uhh..tasuke!! tasuke!!

Akhir sekali, aku harap aku dapat memberi sedikit kebanggaan kepada KPKKT dalam sukan GP nanti..tapi kalau kurang bernasib baik, aku Redha.sbb adat permainan kan..Sekurang-kurangnya aku mencuba.. Semoga kontinjen KPKKT dapat meraih kemenangan dalam setiap kategori..Chaiyok2!! :)

1 comment:

  1. ninie, engkau ni lelaki ke perempuan? aku pun turut musykil! hahahah

    kata2 perangsang: go! ninie go!

    ReplyDelete