Boleh dikatakan tahun 2012 ni adelah tahun bergenangan air mata aku la.. banyak sangat mutiara jernih yang aku dah bazirkan untuk perkara-perkara yang menyedihkan dalam tempoh ini.. Then, sekarang aku macam dah susah nak kuarkan mutiara jernih tu walaupun aku rase sangat sedih dan pedih.. dah takde stok air mata kot.. ke aku dah jadi wanita sejati?? ahakss!
Kalau boleh, aku nak sangat tahun 2012 ni melabuhkan tirainya awal sikit dengan harapan tahun 2013 dapat memberi sinar pelangi kebahagiaan buat aku..Tapi dengan fikir cenggitu menampakkan macam aku mau lari dari segala masalah yang aku hadapi pulak.. Kita tak boleh lari dari masalah kan?..kita kena face it kan?? hemo..hemo..!! yeahh face it.. but how?
Sebenarnya kalau fikir-fikir balik, dugaan tu kan satu hikmah..yang nak suruh kita fikir sejenak kot..
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar"
(Al-Baqarah: 153)
Sebenarnya, bila Tuhan nak duga kita, Dia akan turunkan dugaan tu dalam dua bentuk iaitu KESENANGAN dan KESENGSARAAN.. Kiranya, dugaan tu tak semestinya bila kte rase sengsara..senang tu pon dugaan jugak..cuma kita tak tawu itu dugaan.. Jadi, bila Dia turunkan ujian tu maknaya Dia yakin kita boleh lalui semua tu..
Dugaan yang datang tu sebenarnya latihan untuk suruh kita ni sebagai hambaNya untuk dekatkan diri dengan Allah. Yang penting kena SABAR. Tapi kalau kita tak boleh sabar dan tak redha, pastu merungut-rungut pulak, mengeluh, memberontak, tu cuma akan menambah dosa kite jek.. (lebih kpd peringatan untuk diri sendiri yang selalu mengeluh!)
So, benda paling basic yang perlu diingat :
:: Apabila kita REDHA atas sesuatu yang mengecewakan hati kita..maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka :: ^_^
Hati aku akan jadik lega sikit bila bace ayat ni..Kena percaye janji Tuhan :)
Lagi satu benda nak share, kalau rase stress sangat and nak dapatkan ketenangan, cuba baca Surah Al-Insyirah.. Amalkan lah.. InsyaAllah akan rasa tenang. betol!! saye dah buat. memang sangat tenang :))
: Terima kasih kepada kawan yang pernah share petua ni. Semoga kamu sentiase diberi ketenangan ^^
Surah Al-Insyirah (Terjemahan dan Kelebihan )
AL-INSYIRAH Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). |
Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

No comments:
Post a Comment