secebis sengalan!!

Aku x pandai melukis, jadi aku x boley ‘draw and paint’ perasaan aku..Aku x pandai menyanyi, aku x boley lagukan hati aku...Aku tade ‘art and skill’ maka aku xley nak shout out’ buat grafitti kat mane2 dinding..dan sbenanyer aku x pandai pon menulis..aku tau ‘throw out and spill’ aje..

~Hlovate~

28 November 2011

27 November 2011

Hari Terputus Tali Pusat

Dua hari lepas merupakan hari lahir aku mengikut tahun syamsiah atau berasaskan matahari @ tahun gregorian. sedar x sedar, dah 25 tahun tali pusat aku terputus rupanya..cepat betol masa berlalu..tak ker?? huhu..Ini bermakna, dah setahun blog tanpa nama ni wujud..

Tapi taun ni agak pelik sikit sebab aku tak kena baling dengan macam-macam benda pelik masa malam besday aku..tak seperti taun-taun sudah..ada jek yang nak mendajal..kira kalo hari besday tu tak kena dajal macam pelik jeh..sebab tak boley nak lari..maka pada taun ni, wat julung2 kalinya, aku dapat tido dengan aman pada hari terputus tali pusat ni..ehehehehehehe..(ketawa dengan muka riak)

Yang paling tak boleh lupe masa besday taun lepas..kena baling dengan tepong warna pink sampai aku jadik cekodok pink..selalu aku baling diorang guna air mengkudu busuk jeh..yang cekodok pink ni mmg susah ler nak tanggalkan..kesan degil!! adeii..tp sume tu kenangan..kenangan yang membuatkan hubungan perkahwanan bertambah erat..

Pada sape-sape yang aku selalu dajal masa malam besday beliau tuh, aku mintak maap banyak-banyak..dan sekarang aku nak umumkan yang korang suma selamat dari terjahan aku sebab aku dah dok jauh..ohohoh.. kalo orang laen nak terjah tu, nasib koranglah..hehe

Dan di kesempatan ini juga aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang wish bufday aku samada di laman mukabuku atau di telepon bimbit..sesungguhnya aku sangat menghargainya dan sangat merindui kalian..ohoho...

Dan bagi sape-sape yang tak baca lagi doa awal tahun, dinasihatkan untuk membaca doa awal tahun hijrah seperti di bawah ini :)


P/s : Azam Tahun ni nak jadik makin cantik..bole ker? heee

22 November 2011

Rasa ITU

Untuk rasa sedih atas kehilangan, tu lumrah, kan? 
Untuk rasa keliru dengan apa yang dah jadi, tu pun lumrah, kan? 
Untuk rasa yang segala bende macam tak make sense sangat, tu pun kira lumrah, kan?
Rasa kehilangan tu bukannya boleh hilang dalam masa sehari dua. Setahun dua pun belum pasti. Tempoh untuk rasa tu hilang dalam jangka masa seumur hayat pun tak boleh nak dijanji...Hlovate~~

19 November 2011

Life

Dalam dunia ni memang ada jenis manusia yang pelbagai, aku tau. Dalam dunia ni memang ada jenis taraf hidup yang pelbagai, tu pun aku tau.


Tapi tu la.


Antara sekadar tau dan apabila tengok sendiri depan mata, besar bezanya. Kesan pada diri sendiri pun memang terasa lainnya.

14 November 2011

Kecelaruan...

Jiwaku resah..wajah ini sudah tidak mampu dipura-purakan lagi riaknya..ke-blur-an telah melampaui tahap yang dibenarkan..sudah melangkaui 8 petala alam..sangat tidak aku pahami...

Manusia. Manusia.

Apa yang perlu ku lakukan untuk memuaskan hati semua pihak??? jika ku buat begini, akan dikata begitu, jika ku buat begitu pula, akan dikata begini...

Adakah ini nasib sang perantau yang kekurangan kasih syg teman dan sahabat taulan..Adakah perlu kubiarkan semuanya dan menelan apa sahaja yang terjadi...?? Zasssss....

Lumrah kehidupan....jalan ini yang telah kupilih..akan ku harung jua walaupun sukar di bumi orang...

T.T

01 November 2011

:: ♥♥ Jangan Carik yang "TERLALU SEMPURNA" ♥♥::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 

P/s : lebih kepada peringatan utk diri sendiri..T_T